Halaman

Sabtu, 27 Februari 2010

World Cup 2010 Afrika Selatan


Jadual Piala Dunia 2010

Jadual Piala Dunia 2010 – Berikut ini jadual piala dunia 2010 lengkap hasil drawing atau undian group yang dilakukan pada 4 Desember 2009, sebagaimana dikutip dari Reuters. Khabarnya siaran langsung Piala Dunia 2010 ini hak siarannnya akan diambil oleh channel tv RCTI dan Global TV.
jadwal piala dunia 2010 bola piala dunia 2010

Jadual Piala Dunia 2010 Lengkap
Grup A
Jumaat, 11 June 2010
Afrika Selatan v Mexico, 15:00
Uruguay v Perancis, 19:30
Rabu, 16 June 2010
Afrika Selatan v Uruguay, 19:30
Khamis, 17 June 2010
France v Mexico, 12:30
Selasa, 22 June 2010
France v Afrika Selatan, 15:00
Mexico v Uruguay, 15:00
Grup B
Sabtu, 12 June 2010
Argentina v Nigeria, 12:30
Korea Selatan v Greece, 15:00
Khamis, 17 June 2010
Argentina v Korea Selatan, 19:30
Greece v Nigeria, 15:00
Selasa, 22 June 2010
Greece v Argentina, 19:30
Nigeria v Korea Selatan, 19:30
Grup C
Sabtu, 12 June 2010
England v USA, 19:30
Ahad, 13 June 2010
Algeria v Slovenia, 12:30
Jumaat, 18 June 2010
England v Alzerbaijan, 19:30
Slovenia v USA, 15:00
Rabu, 23 June 2010
Slovenia v England, 15:00
USA v Alzerbaijan, 15:00
Grup D
Ahad, 13 June 2010
Jerman v Australia, 15:00
Serbia v Ghana, 19:30
Jumaat, 18 June 2010
Jerman v Serbia, 12:30
Sabtu, 19 June 2010
Ghana v Australia, 12:30
Rabu, 23 June 2010
Australia v Serbia, 19:30
Ghana v Jerman, 19:30
Grup E
Isnin, 14 June 2010
Jepun v Cameroon, 15:00
Belanda v Denmark, 12:30
Sabtu, 19 June 2010
Cameroon v Denmark, 19:30
Belanda v Jepun, 15:00
Khamis, 24 June 2010
Cameroon v Belanda, 19:30
Denmark v Jepun, 19:30
Grup F
Isnin, 14 June 2010
Itali v Paraguay, 19:30
Selasa, 15 June 2010
New Zealand v Slowakia, 12:30
Ahad, 20 June 2010
Itali v New Zealand, 15:00
Paraguay v Slovakia, 12:30
Khamis, 24 June 2010
Paraguay v New Zealand, 15:00
Slovakia v Itali, 15:00
Grup G
Selasa, 15 June 2010
Brazil v Korea Utara, 19:30
Ivory Coast v Portugal, 15:00
Ahad, 20 June 2010
Brasil v Ivory Coast, 19:30
Isnin, 21 June 2010
Portugal v Korea Utara, 12:30
Jumaat, 25 June 2010
Korea Utara v Ivory Coast, 15:00
Portugal v Brazil, 15:00
Grup H
Rabu, 16 June 2010
Honduras v Chile, 12:30
Sepanyol v Swiss, 15:00
Isnin, 21 June 2010
Chile v Swiss, 15:00
Sepanyol v Honduras, 19:30
Jumaat, 25 June 2010
Chile v Sepanyol, 19:30
Swiss v Honduras, 19:30

Jumaat, 26 Februari 2010

Sejarah Bola Sepak Malaysia




BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825.

Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.

Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.

FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.


Sejarah Bola Sepak Dunia


Menurut Bill Muray, pakar sejarah sepak bola, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, bola sepak sudah dimainkan sejak awal Masihi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding muzeum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.

Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan China. Dalam sebuah dokumen ketenteraan disebutkan, sejak 206 SM, pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah memainkan permainan bola yang disebut
tsu chu. Tsu mempunyai erti "menerjang bola dengan kaki". Sedangkan chu, bererti "bola dari kulit dan ada isinya". Mereka bermain bola yang terbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan menggiringnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.

Jepun pula tidak mahu ketinggalan. Sejak abad ke-8, masyarakat Jepun kononnya sudah mengenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai
Kemari. Bolanya terbuat dari kulit kijang berisi udara.

Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu, seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang diperbuat daripada tengkorak, ditendang oleh salah seorang warga ke arah desa tetangga. Kemudian, oleh si penerima bola di desa itu, bola dilanjutkan ditendang ke desa selanjutnya.